Thursday, April 27, 2017

Ke Plaza Low Yat menaiki pengangkutan awam

Haa nak habaq mai kat hampa semua yang x penah guna pengangkutan awak p Plaza Low Yat. Kut lah peqak mcm aku jugak. Nama saja duduk area KL dan Selangor dekat 5 tahun tapi.... haqammm penakut. 😂😂😂.

Ok nak dijadikan cerita, aku nak p beli laptop/notebook untuk urusan kerja / mesyuarat. Dah dekat 5 tahun aku hilang laptop kesayangan aku tuh, dalam tu semua ada. Gambar-gambar kenangan aku. Tapi x pa, aku redha. Alhamdulillah laptop aku tu x semahal sijil degree aku yang hilang sama masa tu. Bila sesuatu benda itu Allah tetapkan hak kita, dia tetap akan kembali pada kita. Sijil degree aku amoi penang jumpa, dah dekat 4 tahun hilang masih dalam keadaan baik dan elok. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.😭😭😭

Ok, kembali kepada tajuk utama. So Ahad lepas pada 24/4/2017 aku rancang baik punya dengan adik aku nak p Plaza Low Yat. So aku decided nak p sana guna Komuter saja. Hang giler hujung minggu nak masuk KL bawak keta. Mau beli roti sapu JEM jelah kat atas jalan tu. Malam tu aku buat research sikit kat Mr Google. Kebanyakan yang update pun paling latest aku jumpa tahun 2013 dah 4 tahun dah tu. Tapi ada info yang sangat berguna yang aku dapat.

Aku stay Shah Alam, so aku parking keta comel aku dekat stesyen KTM Shah Alam seksyen 19. Kat sini ada parking untuk perempuan. Betul-betul parking depan guard. So girls hang jangan risau hujung minggu parking banyak kosong. Lupa nak bg tau parking tu berbayar, harga masih munasabah. Aku lupa nak snap gambar rate harga ikut jam yang ditetapkan.

Sebelum hang nak guna pengangkutan awam ni, siap-siaplah dalam poket kad Touch & Go (berduit), sangat memudahkan kerja hang. Nak masuk ke tempat menunggu Komuter tu ada pintu akses. So hang touch ja guna card tu dia akan bukak untuk hang masuk. So hang akan tgk ada dua lane. Ambik masa seminit dua tgak lane tu ke arah mana. Kalau kurang yakin tanya ja kat kaunter depan tu @ org2 yang sedang tunggu dekat dalam tu. InsyaAllah mereka membantu hang, jangan risau.

Bila komuter dah sampai, apa lagi masuk lah... haha.. tapi.... komuter skang ada mesra wanita. Kalau hang perempuan masuklah koc Wanita. Sini lelaki x leh masuk, melainkan dia mengalami kekeliruan jantina. 😜😜😜. So teruskan perjalanan hang sampailah ke KL Sentral. Bila sampai KL Sentral silalah turun dari komuter. Kemudian naik ke aras 1. Dah sampai aras 1 pusing keliling cari tanda arah MONORAIL. So teruskan perjalanan sampailah ke kawasan monorail. Nak naik monorail kena beli token, dia x pakai sistem kad touch & go lagi. So siap2lah duit dalam RM 3.00++ seorang untuk destinasi ke Plaza Low Yat. Ok... Nak p Plaza Low Yat nih hang kena turun dekat stesyen IMBI. Bila dah sampai stesyen IMBI, Turun tangga tu dan terus ke kiri. Hang kena jalan sikit sampai ke hujung bangunan tu, nampak tangga turun sebelah kanan, turun tangga tu dan...... sampailah ke pintu tepi Plaza Low Yat tu...

Jadi selamatlah mencuci mata dan menghabiskan duit untuk gadget. 😁😁😁
Pesanan dari aku, hati-hati sikit dengan beg2 yang hang bawak dan jangan mudah terpengaruh dengan janji2 manis penjual gadget kat sana... hampa kena tawaf dulu 3-4 kali, cukup masa solat p solat dan istiqarah dulu, kumpul info pasal gadget yang hang nak beli. Tgk spesifikasi alat dan cuba fahami dengan sebaik mungkin. InsyaAllah hang x menyesal bila dah beli nanti. 😉😉😉

Good Luck !!!! Fighting 💪 💪

No comments:

Post a Comment